Tentang Kami
Kami adalah gereja Pentekosta Kristian yang mengalu-alukan kedatangan semua untuk mendengar bagaimana Tuhan boleh membantu kita dalam hidup. Kami tahu bahawa Yesus telah bangkit dari maut dan Dia mempunyai kuasa yang boleh mengubah menyembuhkan, mengampuni dan mengubah hidup kita.
Kebaktian kami diadakan dalam Bahasa Inggeris dan diterjemah dalam Bahasa Malaysia. Bahasa Cina juga disediakan melalui fon kepala jika diperlukan.
Kami sebahagian daripada persekutuan gereja antarabangsa yang bermula daripada curahan Roh Tuhan pada tahun 1970an. Ketika itu, ramai pemuda yang diselamatkan secara radikal dan menemui penyelamatan dan hidup baru dalam Yesus . Pastor Wayman Mitchell di Prescott, Arizona, Amerika Syarikat telah menganak muridkan sebahagian dari pemuda ini dan ramai yang merasakan panggilan Tuhan untuk jadi pengkhutbah dan pergi ke serata dunia untuk mengkhabarkan injil. Dari permulaan yang sederhana, melalui penginjilan, menjadikan anak murid Yesus dalam gereja tempatan dan mendirikan gereja-gereja baru, persekutuan gereja kami telah berkembang kepada lebih daripada 4000 gereja di lebih dari 100 negara di serata dunia. “Aku tahu rancangan-rancangan yang Kubuat bagi kamu, demikianlah firman Tuhan, iaitu rancangan kesejahteraan, bukan malapetaka, untuk mengurniakan kepada kamu masa depan dan harapan.” Yeremia 29:11
Tuhan menyayangi kamu dan mempunyai rancangan untuk hidup kamu.
KENYATAAN IMAN
- Alkitab adalah Firman Tuhan yang diilhamkan serta peraturan iman dan tingkah laku yang sempurna.
- Kewujudan Tuhan yang Maha Esa kekal selama-lamanya dan Dia pencipta segala sesuatu. Dia adalah Tuhan tritunggal, iaitu Bapa, Putra dan Roh Kudus.
- Manusia telah jatuh dalam dosa .
- Yesus Kristus, Anak Tuhan, adalah Tuhan yang telah menampakkan diri sebagai manusia, Kristus yang Dikandung dari Roh Kudus, Dilahirkan oleh Perawan Maria. Dia adalah satu-satunya Penyelamat Manusia.
- Penyelamatan datang dari kasih kurnia-Nya melalui iman, bukan hasil usaha kamu. Semua orang harus bertaubat dan meletakkan iman dalam Yesus, yang mati sebagai pengganti dosa kita. Manusia diselamatkan melalui pentahiran kelahiran semula dan melalui pembaharuan yang dilakukan Roh Kudus.
- Pembaptisan air adalah perendaman dalam air atas nama Bapa, Anak dan Roh Kudus menurut Kitab Suci.
- Pembaptisan Roh Kudus adalah berbeza dengan penyelamatan dan pembaptisan air dan dijanjikan kepada semua orang yang dilahirkan semula. Bukti awal dipenuhi dengan Roh Kudus adalah bercakap dalam bahasa roh.
- Pemberian Roh Kudus masih aktif di Gereja masa kini.
- Gereja adalah Tubuh Kristus yang terdiri dari orang-orang yang dipanggil untuk berkumpul dalam nama-Nya. Gereja ditugaskan untuk masuk ke seluruh dunia untuk menginjil, menjadikan anak murid dan mendirikan gereja baru.
- Perjamuan Kudus adalah untuk mengingati kematian Yesus dan Perjanjian Baru yang dicapai melalui pertumpahan darah-Nya.
- Yesus bangkit dari kematian dan naik ke surga. Dia akan kembali dan mereka yang telah mati dalam Kristus akan dibangkitkan, dan pengikut Kristus yang masih hidup akan diangkat bersama mereka ke awan untuk bertemu dengan Yesus di angkasa dan akan bersama-sama dengan-Nya.
- Yesus akan kembali ke Dunia dan memerintah bersama orang-orang salih-Nya selama 1000 tahun.
- Akan ada penghakiman terakhir orang fasik dengan hukuman kebinasaan kekal.
- Gereja Tempatan menanggung sendiri, berkembang sendiri dan mentadbir sendiri.
- Kehidupan manusia adalah suci, diciptakan oleh Tuhan menurut gambaran-Nya. Kehidupan manusia sangat berharga , termasuk bayi belum lahir, orang yang berumur, orang yang mengalami masalah fizikal dan mental.
- Perkahwinan adalah penyatuan satu lelaki dan satu wanita dalam satu pernyatuan sahaja. Perhubungan seksual hanya boleh berlaku antara lelaki dan wanita yang sudah berkahwin sahaja.
