Penganut Kristian Baru
UNTUK KRISTIAN BARU
Tahniah jika kamu telah berpaling dari dosa dan meletakkan kepercayaan pada Yesus untuk menyelamatkan kamu.
Sesiapa yang ada dalam Kristus adalah ciptaan baru. Hal-hal lama telah lenyap dan segala-galanya baru. 2 Korintus 5:17
Sekarang kamu memperolehi hidup baru dalam Yesus!
Adalah baik untuk kamu bertumbuh dalam perhubungan kamu dan Tuhan. Dia mempunyai rencana dan rancangan dalam hidup kamu.
Di sini ada beberapa cadangan untuk membantu kamu dalam hidup baru ini:
- BERDOA. Doa adalah percakapan dengan Tuhan. Tidak ada formula. Kamu hanya perlu mula bercakap dengan Tuhan. Memuji Dia. Mengucapkan terima kasih pada-Nya. Meminta pertolongan dan bimbingan dari Dia. Berdoa untuk orang lain.
- BACA ALKITAB. Alkitab adalah Firman Tuhan. Kehendak Tuhan ada di dalam Alkitab. Tuhan boleh bercakap dengan kamu melalui Alkitab. Alkitab dibahagikan kepada dua bahagian utama, iaitu Perjanjian Lama (sebelum kedatangan Yesus) dan Perjanjian Baru (selepas kedatangan Yesus hingga sekarang). Kamu boleh bermula dengan Perjanjian Baru. Cubalah baca Injil Markus.
- PERGI KE GEREJA. Terdapat kuasa ketika kita bersama dengan orang lain untuk memuji dan menyembah Tuhan. Kita mendengar Firman Tuhan di gereja. Kita juga menerima galakkan dan hala tuju.
- BERGAUL DAN BERSAHABAT. Kenali umat Kristian yang telah diselamatkan (dilahirkan semula). Bersahabat dengan kawan-kawan Kristian yang baru.
- MEMBERITAKAN KEPADA ORANG LAIN. Jika boleh, beritahu kawan, rakan sekerja dan keluarga mengenai keputusan kamu untuk mengikuti Yesus. Berkongsi dengan mereka tentang segala kebaikan yang telah Tuhan lakukan untuk kamu dan bagaimana mereka boleh diselamatkan juga.
Dipetik daripada Alkitab © Borneo Sabda Limited
