Gereja The Potters House

Kota Kinabalu

Adakah kamu memerlukan bantuan dan harapan baru dalam hidup?

Kami mendapati bahawa Yesus menyediakan jawapan yang benar untuk isu-isu dan masalah hidup.

SERTAILAH KAMI

 

Masa kebaktian kami: (walk-in)

AHAD:

10.30am & 7.00pm

RABU:

7.30pm

CARI KAMI DI

GF, Kedai Taman Fortuna,  Jalan Penampang, Batu 2 1/2, Lorong Seroja, Kota Kinabalu

(Sebelah lampu isyarat, berhadapan Petronas, Shell, Arkib Negeri Sabah, Taman Ujana Rimba Tropika)

Tempat letak kereta di belakang bangunan.

berhubung dengan kami

Hubungi Kami

Whatsapp, Telefon

01125315403 (Pastor Trevor)

berita baik

Berita paling baik yang boleh kamu dapat sepanjang hidup ini adalah: 

Allah begitu mengasihi dunia (iaitu kamu dan saya) sehingga menganugerahkan Anak-Nya  yang tunggal (Yesus) supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa melainkan mendapat hidup kekal. 

Tuhan adalah pencipta. Dia mencipta segalanya – termasuk Alam Semesta, Bumi, gunung-ganang, lautan, burung, haiwan dan manusia. Tuhan mencipta kita dengan jiwa dan roh yang hidup kekal. Jiwa dan roh berada dalam badan kita. Itulah diri kamu yang sebenar, dan akan hidup selamanya, meskipun sudah mati.

Tuhan itu sempurna. Apabila Dia mencipta manusia pertama, Adam dan Hawa, mereka sempurna. Semua yang Tuhan cipta sungguh baik. Dia menempatkan Adam dan Hawa di taman Eden – firdaus.

Walaubagaimanapun, Lucifer, malaikat yang jatuh, atau iblis, datang kepada Hawa dan menggodanya untuk menderhaka kepada Tuhan. Justeru, dosa memasuki dunia dan kematian menimpa semua manusia, kerana semuanya berdosa. Kematian dan dosa telah tersebar kepada semua melalui keturunan pertama manusia.

Alkitab mengatakan ganjaran dosa adalah kematian. Kita semua ditentukan mati sekali, dan selepas itu dosa kita akan dihakimi Tuhan. Yesus mengatakan terdapat tempat sengsara disediakan untuk iblis dan malaikatnya. Tuhan tidak inginkan ini terjadi kepada kamu.

BERITA BAIK

Allah begitu mengasihi dunia (iaitu kamu dan saya) sehingga menganugerahkan Anak-Nya  yang tunggal (Yesus) supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa melainkan mendapat hidup kekal. 

Tuhan telah memberikan pengorbanan yang sempurna. Dia mengutuskan anak-Nya, Yesus dan Dia menjadi dosa untuk kita. Selepas dikuburkan Dia bangkit dari mati, dilihat oleh orang ramai dan kemudiannya diangkat ke syurga.

Kamu boleh diselamatkan dengan mempercayai Yesus, bahawa dia mati kerana dosa kamu dan bangkit semula dari mati. Jika kamu bertaubat, berpaling dari dosa dan percaya pada Yesus untuk menyelamatkan kamu, kamu akan diselamatkan! Sebab, barangsiapa yang berseru kepada nama Tuhan, akan diselamatkan!